Nuffnang

Thursday, January 13, 2011

10 Antivirus Terbaik

Info kali ini aku nak kongsikan antivirus-antivirus terbaik di dunia (mengikut ranking):


Salah satu program penting untuk komputer adalah antivirus. Tujuan utama adalah untuk melindungi sistem dan perkakasan komputer dari serangan virus dan anasir elektronik lain dari merosakkan komputer.. Dan sebaik-baik antivirus adalah yang sentiasa dikemaskini dengan komponen terbaru daripada pengeluarnya.





1.

BitDefender 9 Standard

BitDefender 9 Standard

2.
McAfee VirusScan 2006
McAfee VirusScan 2006
3.
Kaspersky Lab Kaspersky Anti-Virus Personal 5.0
Kaspersky Lab Kaspersky Anti-Virus Personal 5.0
4.
F-Secure Anti-Virus 2006
F-Secure Anti-Virus 2006
5.
Symantec Norton AntiVirus 2006
Symantec Norton AntiVirus 2006
6.
Panda Software Panda Titanium 2006 Antivirus + Antispyware

Panda Software Panda Titanium 2006 Antivirus + Antispyware
7.
AntiVir Personal Edition Classic 6.32
AntiVir Personal Edition Classic 6.32
8.
Alwil Software Avast Home Edition 4.6
Alwil Software Avast Home Edition 4.6
9.
Trend Micro PC-cillin Internet Security Security 2006
Trend Micro PC-cillin Internet Security Security 2006
10.
Grisoft AVG Free Edition 7.1
Grisoft AVG Free Edition 7.

Walau apa pun jenis antivirus yang anda gunakan pastikan sentiasa di update untuk mengelakkan sebarang ‘anasir luar’ merosakkan komputer anda. 




Read more...

Wednesday, January 12, 2011

Ketahui Apa Yang Memakan Ruang Hard Disk Anda Dengan Disktective

Aku baru sahaja mendapat mesej “Low Disk Space” dari Windows yang menyatakan ruang pada Local Disk (C:) aku hampir penuh. Ini membuatkan aku tertanya, fail apa yang besar sangat sampai nak penuh partition aku ni?
Anda juga pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Bagi membantu anda mengenalpasti fail-fail manakah yang banyak menggunakan ruang pada partition anda, gunakan Disktective.
Disktective boleh memaparkan saiz bagi direktori-direktori dalam partition anda, dalam bentuk byte mahupun dalam peratus. Informasi ini dipaparkan dalam bentuk carta pai agar dapat memudahkan anda.





Read more...

Tuesday, January 11, 2011

LunaScape5: Pelayar Web Baru

Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka.



Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit
  • IE menggunakan Trident
  • Firefox menggunakan Gecko
  • Chrome dan Safari menggunakan Webkit
Pada mulanya, aku sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab aku tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti aku salah.
Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah.

Tak guna cerita saja, apa kata cuba dahulu,..,
KLIK SINI untuk DOWNLOAD :: http://www.lunascape.tv/




Read more...

Sunday, January 9, 2011

Masukkan Fungsi Read More Dengan Mudah Pada Blogspot

Fungsi “Read More” yang terdapat dalam WordPress membolehkan anda meringkaskan entri-entri yang dipaparkan pada laman utama. Apabila pengunjung ingin membaca satu-satu entri dengan lebih lanjut, mereka akan klik pada link “Read More” tersebut.
Dan kini, Blogspot juga secara rasminya telah memperkenalkan fungsi yang sama. Kini para pengguna Blogger boleh memasukkan fungsi “Read More” dengan mudah tanpa perlu mengubah kod HTML atau apa-apa lagi proses yang kompleks.
Cara untuk memasukkan Read More ini adalah mudah sahaja. Jika anda menggunakan editor yang baru, terus klik pada ikon “Insert Jump Break”. Jika anda tidak menggunakan editor yang baru, anda boleh memasukkan Read More secara manual di ruang HTML, dengan menaip kod  <!—- more --> pada entri.


Anda juga boleh menukarkan perkataan “Read More” tersebut pada skrin Layout, dan klik Edit pada bahagian Blogs Posts.

Fungsi ini merupakan salah satu peningkatan yang diperkenalkan oleh Blospot bersempena hari jadinya yang kesepuluh. Dijangka lebih banyak lagi fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan, seperti memasukkan page, sama seperti WordPress.

Read more...