Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

Kelengkapan Sebelum Mula Format

1. Perisian Windows / Operating System

Ini wajib!
Seperti proses install perisian biasa, kita wajib ada perisian Windows / Operating System yang lain untuk format komputer. Biasanya, perisian Windows dalam bentuk CD atau DVD.
Namun, Windows boleh dipindahkan kepada USB atau pen drive. Sekiranya sudah ada CD / DVD Windows, gunakan perisian WinToFlash untuk pindahkan ia ke pen drive.
Sekiranya tiada, pindahkan juga ke pen drive menggunakan perisian khas, tetapi, memerlukan sekurang-kurangnya pen drive 2GB.

2. CD / DVD Installer Driver & Software

Ini kedua penting!
Kebanyakan software mudah dicari dan dapat kita download dari Internet, melainkan perisian yang dibeli. Namun, amat kritikal bagi kita mempunyai CD driver supaya mudah install semula driver di komputer selepas format.
Sekiranya kita masih tiada installer bagi driver tersebut, download atau backup sebelum mula format komputer. Taip sahaja nama hardware yang kita cari driver-nya, Tuan Puan akan ketemu jawapannya melalui Pakcik Google.
Selain itu, ada alternatif lain, iaitu backup Windows menggunakan Norton Ghost. Ia menyalin semua data Windows ke dalam komputer kita, jadi, tidak perlu bersusah payah install semula perisian & driver.
Satu lagi alternatif backup driver.

3. Backup Data Penting

Apa-apa boleh terjadi kepada komputer kita ketika proses format berlaku. Sebaiknya, buat backup pada fail-fail penting. Jika tidak, menangis tidak berlagulah kita!
Itu sahaja 3 kelengkapan penting sebelum mula format :)
Jumpa lagi!

No comments: