Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Pantang-Larang Laptop!.

Sini qim akan menyatakan beberapa masalah timbul berkaitan laptop (external problem)
 
  • Pantang tengok pengguna letak atas bantal (terutama wanita)..Ini akan menyebabkan gangguan kepada pengaliran udara..CPU dan hard-disk terletak kat bawah laptop..Bantal bukanlah pengalir haba yang baik malah menyerap udara panas..Oleh itu, jangka hayat CPU akan berkurang..Masalah overheat akan mudah berlaku..
  • Laptop skin dibelakang monitor..Perasan tak bila survey laptop, kenapa material laptop berbeza-beza?..Paling ketara anda boleh lihat pada laptop brand ASUS, ACER, Toshiba dan Compaq (sekadar beberapa contoh)..Material memainkan peranan untuk pengaliran udara..Material terbaik dipilih oleh engineer semasa design laptop bagi tujuan pengaliran udara panas..Bila anda melekatkan laptop skin, hampir 30-50% fungsi material itu tidak akan berfungsi..Sebab itu, beberapa masalah timbul seperti overheat dan monitor akan terpadam automatik semasa sedang di gunakan..
  • Laptop skin diatas hard-disk..Pengguna suka melekat sticker di atas hard-disk (selalunya di kiri atau kanan, sebelah mouse TouchPad)..Ia boleh menghalang pengaliran udara panas sekitar 40%..Hard-disk akan semakin panas..
  • Masa penggunaan melampau..Jika mahukan jangka hayat yg panjang, pengguna harus pakai mengikut kesesuaian laptop..Masa paling ideal adalah maksimum sehingga 5jam non-stop..Adakala pengguna langsung tidak switch-off laptop selama sehari..Penggunaan ini  seperti anda menggunakan Desktop!..
  • Laptop Cooler yang tidak ergonomics..Jika anda mahu menggunakan Laptop Cooler, pastikan anda membeli yg condong (tinggi di belakang), bukan yg flat.. Jika anda membeli yg flat, ia tidak sedikit pun membantu pengaliran udara..Kerana apabila kipas berpusing, udara panas sukar keluar malah berpusing di sekitar dalam Laptop Cooler itu sahaja..
  • USB Slot digunakan seperti power supply..Pengguna harus tahu bahawa power supply laptop tidak menggunakan nisbah power (watt) yang tinggi..Ia tidak sama seperti desktop dimana anda boleh mengubahsuai power supply mengikut kesukaan anda..Oleh itu, elakkan meletak USB yg menggunakan watt yang tinggi seperti aksesori kipas, lampu LED, pemanas mug, mini speaker, USB Charger Phone, MP3 Charger dan lain2.. meletakkan semua aksesori di atas secara serentak juga boleh menyebabkan kerosakan kritikal pada component motherboard terutama capacitor..cukup sekadar meletakkan USB supply untuk Laptop Cooler.
Gunakan laptop secara berhemah..

No comments: