Nuffnang

Sunday, October 3, 2010

Gajet Terpenting Buat Blogger

Perkara asas untuk menjadi seorang blogger adalah memiliki gejet penting dan sudah tentu ianya adalah sebuah komputer dan sambungan internet. Tidak guna jika HIDUP SEORANG BLOGGER tanpa sebuah komputer untuk menjalankan aktiviti blogging. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang blogger, sekurang-kurangnya anda perlu memiliki sebuah komputer. Tidak kira samaada desktop mahupun laptop.
Selain itu juga, hidup seorang blogger juga memerlukan sebuah telefon bimbit berkamera. Jika anda mempunyai sebuah kamera DSLR lagi bagus, bukan apa. Dengan kamera ini bolehlah anda merakam saat-saat manis untuk dikongsikan di dalam blog anda. Bagi saya cukuplah sekadar dengan telefon bimbit berkamera. Ini kerana ia mudah untuk dibawa kemana-mana.
Jadi, apa pendapat anda pula. Untuk hidup sebagai seorang blogger, apakah gajet terpenting yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti blogging?

No comments: